KUALA LUMPUR: Presiden MAPIM, Mohd Azmi Bin Abdul Hamid ataupun dikenali sebagai Cikgu Azmi bercadang untuk mengadakan perhimpunan perdana yang bakal menampilkan Perdana Menteri Malaysia untuk menyampaikan mandat berkait isu Palestin.
Shocking eye witness footage from inside Al Aqsa mosque showing #IsraeliTerrorism zionist mercilessly attacking Palestinian Muslims while Itikaf #Ramadan https://t.co/sBoG6uZV71 pic.twitter.com/xgiNsPvj54
— Adli Effendy (@adlieffendy) April 5, 2023
Beliau yang ditemui pada sidang media ‘Save Al-Quds’ di sebuah hotel di ibu kota itu berkata, pada dasarnya mereka berkumpul untuk menyatakan pendirian dan kecaman terhadap israel.
Namun, elemen yang sedikit berbeza berbanding usaha lepas adalah berkait semangat untuk membuat mobalisasi yang lebih menyeluruh dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.
“Kita nak himpun seramai mungkin NGO dan Perdana Menteri akan memberikan satu ucapan khas untuk menyatakan pendirian kita terhadap isu Palestin sekaligus mengangkat imej Malaysia dalam menyokong pejuang-pejuang Palestin,” katanya.
#israelBiadap Barisan rakyat Palestin ditahan & diikat zip oleh zionis israel semalam, ada yang dipukul oleh askar Israel untuk menakutkan rakyat Palestin yang lain!
Layari laman web https://t.co/vr7XAbqSlZ untuk berita terkini Palestin pic.twitter.com/ctNonX9Qj0
— Ummah Today (@ummah_today) April 6, 2023
Beliau juga berharap supaya, tokoh-tokoh kerajaan termasuklah barisan menteri untuk mengeluarkan kenyataan bagi mengutuk perbuatan zalim rejim israel terhadap Palestin.
“ Sebagai contohnya, menteri ekonomi mungkin ada beberapa dasar yang boleh dibuat untuk memastikan kita memberi tekanan kepada israel, demikian juga menteri pertahanan.”
“Jadi dengan sokongan yang dipamerkan oleh beberapa orang menteri kabinet, ini akan menambah kekuatan perdana menteri dalam mengutuk kekejaman israel.”
Sidang media yang diadakan selama lebih kurang sejam itu turut dihadiri pelbagai pihak media dan NGO seperti Al-Quds Foundation (QFM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muslim Care Malaysia dan ramai lagi, bagi menyatakan solidariti mereka terhadap Palestin.
BACA JUGA
#israelBiadap serang Masjid Al-Aqsa malam kedua berturut-turut