Semasa

Permohonan pengeluaran khas KWSP dibuka mulai 1 April ini

SHAH ALAM : Ahli di bawah umur 55 tahun dibenarkan membuat permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mulai 1 April nanti.

KWSP dalam satu kenyataan semalam memberitahu, tempoh pembayaran akan dilaksanakan sebelum 20 April 2022 dan permohonan tersebut akan ditutup pada penghujung bulan depan.

“Sejumlah RM10,000 maksimum dan minimum RM50 dibenarkan untuk dikeluarkan oleh ahli, selain perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak,” maklum kumpulan tabungan pekerja itu.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Khas mengumumkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik Covid-19.

Ismail Sabri memaklumkan keputusan itu dibuat berdasarkan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button