Covid19DomestikKesihatanSemasa

PICKids: Lebih 79,000 kanak-kanak terima dos pertama vaksin COVID-19

PUTRAJAYA: Kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun sudah dibenarkan menerima dos pertama vaksin bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Jumlah kanak-kanak yang dicatatkan semalam adalah seramai 79,393 atau 2.2 peratus.

Selain itu, data daripada laman COVIDNOW, menunjukkan seramai 12,926,703 individu atau 55.2 peratus populasi dewasa di negara ini, telah menerima suntikan dos penggalak vaksin COVID-19, setakat semalam.

Seramai 22,934,496 individu (98 peratus) populasi dewasa juga sudah lengkap vaksinasi, manakala 23,210,020 (99.2 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,794,416 individu (88.8 peratus) telah lengkap imunisasi, manakala 2,872,087 (91.3 peratus) menerima sekurang-kurang satu dos vaksin terbabit.

Sebanyak 173,428 dos vaksin diberikan merangkumi 18,343 dos pertama, 1,739 dos kedua dan 153,346 dos penggalak.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan suntikan vaksin yang diberi melalui PICK kini mencecah 64,611,898 dos.

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

 

Related Articles

Back to top button