
PALESTINE : Sebuah laman berita Palestin dengan lebih 1.5 juta pengikut di Facebook mengumumkan pada hari Isnin lalu bahawa ia telah menamatkan operasi di Baitulmaqdis yang dijajah selepas media sosial gergasi itu mengharamkan akaunnya.
Maydan al-Quds merupakan rangkaian berita yang telah membuat liputan berita dari Baitulmaqdis selama lebih dari satu tahun setengah.
Pengarahnya, Bilal Nour, berkata Facebook menutup akaun itu pada 21 November tahun lalu, hari sama dengan pembunuhan lelaki dari Baitulmaqdis, Fadi Abu Shkheidem oleh tentera Israel selepas dia melakukan serangan tikam berhampiran Gerbang Berantai (salah satu pintu ke Masjid al-Aqsa di Kota Lama Baitulmaqdis).
Nour memberitahu kepada Al Jazeera bahawa rangkaiannya “tiada unsur berat sebelah sama sekali” dalam melaporkan kejadian itu.
Halaman alternatif tersebut dilancarkan mempunyai lebih 90,000 pengikut sebelum ditutup tanpa makluman terlebih dahulu.
Tambah Nour, keputusan untuk menamatkan operasi halaman itu adalah kerana kebergantungan pada Facebook sebagai sumber utama berita di Palestin.
“Rangkaian berita itu akan menghadapi kesukaran yang tidak dapat diatasi dalam melaksanakan kerjanya tanpa akses kepada platform media sosial yang popular.” katanya.
Facebook juga menghadkan akses editor outlet ke Instagram dan keupayaan mereka untuk melancarkan strim langsung pada platform selepas akaun dilumpuhkan, kemudian diaktifkan semula.
Middle East Eye (MEE) telah menghubungi Facebook untuk maklum balas tetapi tidak menerima jawapan sehingga berita ini ditulis.
Meta, konglomerat multinasional, berpangkalan di California yang memiliki Facebook, sering dituduh menapis pengalaman rakyat Palestin dan naratif mereka di laman Facebook dan Instagram.
Pada November lalu, aktivis dan wartawan Palestin melancarkan kempen yang dipanggil “Facebook Censors Jerusalem” bagi meningkatkan kesedaran tentang dakwaan usaha Meta untuk menapis kandungan Palestin pada platform media sosial utamanya.
Sebahagian besar daripada apa yang mereka katakan sebagai insiden penapisan dikatakan berlaku pada Mei 2021, selepas diancam pengusiran di kawasan kejiranan Baitulmaqdis iaitu Sheikh Jarrah, serangan oleh tentera Israel di Masjid al-Aqsa, serangan 11 hari di Gaza, dan keganasan antara kaum di bandar majoriti Palestin.
Kempen itu telah mencipta tanda pagar “#FBCensorsJerusalem” untuk menyokong rakyat Palestin yang telah disekat di platform media sosial.
Ia juga mengecam apa yang disebutnya sebagai dasar pilih kasih Meta apabila ia berkait dengan kandungan Palestin dan Israel.
Algoritma platform media sosial telah mengalih keluar siaran yang mengandungi perkataan seperti “Hamas” atau “martir” tanpa mengambil kira makna kontekstualnya.
Menurut Eyad Rifai, seorang penyelidik di Sada Social merupakan sebuah organisasi bukan ‘non-profit focusing’ pada hak digital rakyat Palestin.
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today