PalestinSemasa

Rakyat Palestin gesa boikot Zara

Ini kerana sokongan Zara untuk pemimpin israel, Ben-Gvir

Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today

JERUSALEM: Gergasi fesyen Sepanyol, Zara berdepan gesaan boikot di Israel selepas ketua cawangan tempatan syarikat itu menjadi hos kepada pemimpin ekstrem kanan, Itamar Ben-Gvir dalam kempennya.

Tinjauan pendapat di media sosial baru-baru ini menunjukkan Ben-Gvir telah mendapat kekuatan menjelang pilihanraya 1 November, yang boleh menyaksikan pakatan nasionalismenya muncul sebagai blok ketiga terbesar di parlimen.

Pertemuannya dengan Joey Schwebel, pengerusi pemegang cawangan Zara Israel Trimera, mencetuskan tindak balas selepas media tempatan melaporkannya minggu lalu, dengan beberapa orang membakar barangan Zara dan mendesak boikot.

Fayez Abu Souhaiban, Datuk Bandar Rahat, sebuah bandar majoriti Arab di selatan Israel, menyelar Zara dalam video yang tersebar di media sosial.

“Kita perlu membakar pakaian ini dan saya menyeru rakyat untuk memboikot syarikat ini,” katanya sambil membakar barangan Zara.

Ben-Gvir, yang tinggal di sebuah penempatan di Tebing Barat yang diduduki, kerap muncul di kawasan panas dalam konflik Israel-Palestin dan telah menjadi terkenal kerana retorik anti-Arabnya.

Ahli parlimen Arab-Israel Ahmad Tibi mengecam di Twitter mengenai pertemuan itu, di mana Ben-Gvir menjawab: “Zara, pakaian yang cantik, orang israel yang cantik.”

Ditanya mengenai pertemuan yang dilaporkan, jurucakap Ben-Gvir menyifatkan ia kepada AFP sebagai ‘acara peribadi’ dan menolak mengulas lanjut.

Zara tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas.

Schwebel juga enggan mengulas. “Kami tidak merujuk kepada isu peribadi keluarga”, dalam satu kenyataanya. 

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik :

http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button