RAMALLAH: Lagi pembunuhan kejam zionis terhadap umat Islam di bulan Ramadan, tentera israel telah menembak mati seorang remaja lelaki Palestin berusia 15 tahun dan mencederakan 2 yang lain semasa serbuan di sebuah kem pelarian di Tebing Barat, ketika ketegangan terus memuncak di wilayah yang dijajah.
Sumber perubatan Palestin berkata Mohammad Fayez Balhan terbunuh akibat 3 das tembakan di kepala, dada dan perut ketika tentera zionis menyerbu Aqabat Jaber berhampiran Jericho di Tebing Barat.
Dua lagi orang awam mengalami kesan tembakan di bahagian bawah badan dan 5 yang lain telah ditangkap.
Seramai 191 rakyat Palestin juga telah cedera semasa pertempuran tentera israel di sekitar Gunung Abu Sbeih, Beita, selatan Nablus, ketika penduduk mengadakan bantahan terhadap perarakan beribu-ribu peneroka israel yang cuba merampas tanah Palestin.
Watch: Family and friends bid sad farewell to the child Mohammad Fayez Balhan who was killed after being shot in the head by the Israeli occupation forces during a raid into the Aqbat Jaber refugee camp in Jericho.
Credit: Wafa News Agency pic.twitter.com/TeFTWr1N2C
— Wafa News Agency – English (@WAFANewsEnglish) April 10, 2023
Ketegangan memuncak sejak minggu lalu apabila polis israel menyerbu Al-Aqsa, menghalau dan mencederakan jemaah Palestin yang ingin menunaikan solat serta mencetuskan serangan roket dari Lubnan, yang dibalas dengan serangan udara.
Rejim israel telah membunuh 96 rakyat Palestin di Tebing Barat pada tahun ini dan mencederakan beribu-ribu penduduk muslim yang lain.
BACA JUGA
Wanita turut jadi mangsa serangan ganas di Al Aqsa
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank
Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia