Semasa

Saarani angkat sumpah MB Perak ke-14

Tandatangan surat pelantikan

KUALA KANGSAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan Datuk Saarani Mohamad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-14 di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah pada jam 11.20 pagi tadi.

Saarani, 59, menerima watikah pelantikan daripada Sultan Nazrin sebelum mengangkat sumpah di hadapan baginda pada Istiadat Kurniaan Tauliah Lantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak.

Selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak, Saarani yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri kemudian mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara Perak juga di hadapan Sultan Nazrin.

Beliau kemudian menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk Hisham Hashim dan Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Suaidi Abdul Rahim.

Sebelum pelantikan Saarani hari ini, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar sebanyak dua kali, pertama pada Mei 2018 selepas PRU-14 di bawah Pakatan Harapan (PH).

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button