Covid19KesihatanSemasa

Sarawak terima ventilator rosak?

8 daripada 10 alat ventilator tidak berfungsi

SIBU :  Kementerian Kesihatan memberi lapan daripada 10 alat bantuan pernafasan yang gagal berfungsi dengan baik kepada hospital di Sarawak pada 13 April lalu.

Lapan hari lalu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi lima buah ventilator kepada Hospital Sibu, tiga kepada Hospital Bintulu dan dua kepada Hospital Sarikei.

Ventilator atau alat bantuan pernafasan merupakan alat yang penting dalam medium perubatan, malangnya, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Irene Chang,  berkata lima ventilator yang diberikan kepada Hospital Sibu dan tiga kepada Hospital Bintulu rosak sepenuhnya.

Unit ventilator yang dihantar ke Sibu dan Bintulu tidak berfungsi sama sekali dan harus dihantar untuk dibaiki. Manakala, dua unit di Hospital Sarikei pula walaupun masih berfungsi, ia harus terus dihidupkan kerana skrinnya akan terganggu setelah digunakan dalam waktu yang singkat.” – Irene Chang / ADUN Bukit Assek

Difahamkan ventilator yang diberikan itu merupakan model lama iaitu tahun 2004. Secara tidak langsung, alatan lama sebegini mampu mendatangkan kemudaratan kepada si pengguna. Adakah pihak KKM memandang enteng pada perkara sebegini walhal, ia melibatkan nyawa terutamanya pesakit di unit rawatan rapi (ICU) ?

Tambah Irene, kebanyakan Hospital di Sarawak terutamanya kawasan pedalaman amat memerlukan ventilator untuk menampung pesakit COVID-19 yang kini jumlahnya semakin meruncing di Sarawak.

Penantian buat pasukan kesihatan Sarawak selama bertahun mendukacitakan apabila menerima alat bantuan pernafasan yang gagal berfungsi seperti apa yang dijangkakan.

Kementerian Kesihatan Persekutuan sewajarnya memastikan mesin berada dalam keadaan baik dan dapat digunakan dengan sebaiknya biarpun model lama diberikan.

Oleh : Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button