MINNEAPOLIS 21 April : Bekas anggota polis Minneapolis, Derek Chauvin, didapati bersalah atas kesalahan yang menyebabkan kematian George Floyd pada 25 Mei 2020.
Insiden yang membawa kepada gelombang bantahan terhadap ketidakadilan berunsur perkauman, sekali gus menimbulkan persoalan tentang akauntabiliti polis.
Juri yang dianggotai 12 orang mendapati Chauvin bertanggungjawab atas jenayah menyebabkan kematian lelaki berkulit hitam itu tahun lalu, selepas mempertimbang keterangan daripada 45 saksi dalam tempoh tiga minggu, termasuk pemerhati, pegawai polis dan pakar perubatan.
Juri sebulat suara memutuskan Chauvin bersalah atas semua tuduhan pembunuhan darjah kedua dan ketiga membawa kepada hukuman penjara sehingga 40 tahun.
Berdasarkan garis panduan hukuman Minnesota, Chauvin dijangka berdepan dengan hukuman penjara 12 tahun enam bulan untuk pertuduhan pembunuhan tahap kedua, 12 tahun setengah tahun enam bulan untuk pembunuhan tahap ketiga, dan empat tahun bagi tuduhan menyebabkan kematian.
Walau bagaimanapun, pendakwa raya boleh memohon hukuman untuk tempoh lebih panjang sehingga maksimum 40 tahun jika Hakim Daerah Hennepin, Peter Cahill yang mengetuai perbicaraan itu memutuskan ada faktor yang memburukkan.
Kematian Floyd mencetuskan rusuhan besar-besaran di bandar Amerika Syarikat (AS) dan seluruh dunia pada tahun lalu.
Dalam video yang pernah tular pada tahun lepas, Chauvin, anggota polis berkulit putih menekan lututnya ke atas leher Floyd, 46, dalam keadaan tangannya bergari selepas menahan Floyd yang dituduh menggunakan wang kertas AS$20 palsu untuk membeli rokok di sebuah kedai runcit.
Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Kewartawanan – Hafeez Anuar