Covid19Semasa

Selangor tolak PKPB!

Menteri Besar akan serah cadangan balas kepada MKN

SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor tidak bersetuju dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB, di seluruh negeri itu.
 
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata beliau akan menghantar cadangan balas penolakan PKPB itu kepada Majlis Keselamatan Negara, MKN.
 
Menurut beliau, terdapat beberapa kawasan di Selangor yang masih berada dalam zon hijau dan kuning dan masih terkawal daripada jangkitan pandemik Covid-19 seperti Sabak Bernam dan Kuala Selangor.
Manakala kawasan yang mencatat peningkatan kes ialah di Klang, Gombak, Hulu Langat dan sebahagian Petaling.
Justeru itu Kerajaan Selangor katanya secara konsensus melihat ada beberapa cadangan yang boleh dikemukakan kepada MKN untuk dipertimbangkan.
“Kerajaan Negeri akan menghantar cadangan balas kepada pihak MKN, dengan segera agar diberi pertimbangan semula” – Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada media petang tadi.
Terdahulu beliau mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Polis Diraja Malaysia, PDRM, dan Angkatan Tentera Malaysia, ATM.
Kerajaan negeri katanya berharap semua pihak bersedia dengan perubahan ini dan berharap dapat mengawal penularan Covid-19.
Selangor adalah di antara tiga negeri di Semenanjung yang perlu mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, PKPB, bermula pada 12:01 minit tengah malam lusa.
Perkara diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Ismail Sabri Yaakob dalam sidang harian medianya hari ini.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button