BanjirSemasa

Selepas Segamat, Kota Tinggi pula dilanda banjir kilat

JOHOR BAHRU: Kota Tinggi menjadi daerah terbaharu dilanda banjir kilat selepas Segamat, menjadikan jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 93 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 21 orang, pada petang Rabu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Al-Barakah, Kota Tinggi yang menempatkan 72 mangsa daripada 18 keluarga, dibuka pada jam 10 malam tadi.

Anggota APM Segamat melakukan pemantauan kawasan berisiko banjir & kawasan rendah yang telah dinaiki air di Kampung Kuala Paya serta Kampung Tandong

“Ini menjadikan keseluruhan tiga PPS dibuka, termasuk dua PPS di Balai Raya Kampung Batu Badak dan Balai Raya Kampung Kuala Paya yang menempatkan 21 mangsa daripada enam keluarga di Segamat, sejak Rabu.

“Antara kawasan yang terjejas adalah Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Batu 5 dan Kampung Kuala Paya di Segamat dan Kampung Sri Jaya serta Kampung Sri Delima di Kota Tinggi,” katanya dalam kenyataan itu.

Semalam, limpahan air Sungai Muar menyebabkan beberapa rumah dinaiki air dengan paras air di lokasi terjejas mencecah paras lutut dan cuaca di seluruh negeri ketika ini dilaporkan cerah.  BERNAMA


MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Bersama kami membantu mangsa banjir melalui sumbangan infaq menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button