DuniaInspirasiSemasa

Lelaki Perancis peluk agama Islam pada usia 85 tahun

Emile Zehnder yang berasal dari Strasbourg, Perancis telah terbuka hati untuk memeluk agama Islam selepas menziarahi bumi Turkiye dan mendekati penduduk Islam di negara itu

Emile Zehnder yang berasal dari Strasbourg, Perancis telah terbuka hati untuk memeluk agama Islam selepas menziarahi bumi Turkiye dan mendekati penduduk Islam di negara itu.

Ceritanya bermula apabila Emile memberitahu jirannya, pasangan suami isteri Enver dan Halide Kodat mengenai hasratnya melawat Türkiye setelah kehilangan isterinya sembilan bulan lalu.

Pasangan Kodat telah menunaikan permintaan Emile dan membawa lelaki Perancis yang berusia 85 tahun itu bersama mereka bercuti ke Türkiye.

Ini merupakan kali pertama mereka menjejakkan kaki ke tempat bersejarah di Istanbul dan kemudian melawat ke kampung halaman mereka di Elazığ.

Emile, yang disambut mesra ke mana sahaja dia pergi di Elazığ. Dia bangun pada suatu pagi dan memberitahu Enver Kodat bahawa dia mahu menjadi seorang Muslim.

Enver pada mulanya terkejut, melahirkan rasa gembira dengan hasrat Emile membantunya dalam urusan permohonan ke Pejabat Mufti Wilayah.

Timbalan Mufti Wilayah Özer Cömert menerangkan Emile tentang prinsip asas Islam.

Emile kemudiannya melafazkan dua kalimah syahadah, mengambil nama Emin sebagai nama Islamnya.

Dia bercakap mengenai sokongan dan layanan mesra jirannya yang berasal dari Turki di Perancis selepas isterinya meninggal dunia, sekali gus menarik minatnya mendalami Islam.

“Selepas isteri saya meninggal dunia, saya menemui keikhlasan di mana-mana saya pergi, di mana orang Islam benar-benar adalah  ‘untuk semua.’ Itulah sebabnya saya memilih untuk menjadi seorang Muslim.

“Orang Turki yang menetap di Perancis sentiasa merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain sangat mengagumkan saya,” katanya.

Berdasarkan pengalaman dengan jirannya yang beragama Islam, orang Turki dan perjalanannya ke Türkiye, dia membuat kesimpulan,

“Islam adalah agama yang bersifat penyayang. Saya baru memeluk Islam. Saya belajar perlahan-lahan. Saya masih perlu belajar. Saya akan belajar lebih banyak dari semasa ke semasa.”

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button