DuniaKemanusiaanPalestin

`Rajawi Palestini’ bergema dalam stadium, selepas `kanak-kanak’ 10 tahun Palestin munculkan diri

Nasib Handala ditentukan oleh bebasnya Palestin!

[VIDEO]   Ribuan terpukau, malah meremang bulu roma apabila mendengar gema suara di dalam stadium yang sarat penonton, menyanyikan lantunan semangat untuk orang-orang Palestin. Ada juga yang berjurai air mata mengenang nasib saudara-saudara mereka. Sorakan bermula selepas Handala munculkan diri. Handala sangat hebat hingga mampu menjentik hati penyokong kelab bola sepak terkenal Maghribi, Raja Cassablanca bangkit menyanyi kerana dia.

 Solidariti Untuk Palestin

Pada September 2019, Handala muncul di Stadium Mohammed ke -V, Maghribi, disambut gegak gempita oleh ribuan orang yang berada di dalamnya. Pertandingan bola sepak di antara kelab terutama Maghribi, Raja Casablanca dan pasukan bola sepak Palestin, Hilal  Al-Quds bertukar menjadi  satu momen solidariti untuk Palestin. Lagu Rajawi Palestini yang dicipta khas oleh Cassablanca Ultras dinyanyikan di dalam stadium bersama ribuan penyokongnya. Ia benar-benar – menyatakan isi hati mereka terhadap nasib Palestin. Rakaman peristiwa itu yang dikongsi di aplikasi media sosial menjelaskan segalanya.

Benar seperti kata Naji Al Ali, Handala tetap masih dikenang.

Mei lalu, ketika serangan tentera Israel diperhebat di Gaza lagu `Raja’ ini kembali tular di media sosial. Solidariti rakyat Maghribi kepada nasib Palestin dipamerkan dengan pelbagai slogan. Lagu didedikasi untuk  Palestin itu sekali lagi menjadi ikutan. Bukan sahaja di Maghribi, lagu itu juga mendapat perhatian aktivis antinormalisasi di banyak negara Arab, termasuk Palestin dan Tunisia.

Penyokong Palestin di Maghribi menyatakan bantahan mereka di jalanan, di Rabat, mengutuk keras serangan Israel di Gaza dan  pengusiran rakyat Palestin di Tebing Barat. Mereka juga berikrar akan mengetepikan perjanjian yang telah dicapai dalam normalisasi Maghribi – Israel yang dimeteri pada 10 Disember lalu. Penyokong melaungkan Bebas Palestin, Keluar Zionis. Tanpa gusar dengan tindakan kerajaan Maghribi, bendera Hebrew turut dibakar.

Penyokong Palestin mengibarkan bendera Maghribi dan Palestin di Rabat menyatakan bantahan terhadap polisi Trump ke atas Palestin pada 2017. aza. -AFP Pic
Lagu “Rajawi Palestinia”

Bukan calang calang pasukan Raja Cassablanca. Cemerlang beraksi di padang, tetapi mereka juga berani mengutarakan permasalahan komuniti setempat dan juga penindasan manusia sejagat, termasuk isu Palestin.  Ketajaman kata-kata mereka menyebabkan pasukan ini pernah dinafikan hak memasuki padang pihak lawan, Mesir antaranya, ketika di bawah pimpinan al Sisi, melarang aktiviti Raja Cassablanca Utras. Di Maghribi sendiri, kelab ini dilarang menyertai beberapa pertandingan kerana kerajaan merasakan mereka tidak selari dengan beberapa dasar kerajaan. Namun suara mereka terus kuat, dan didengar, terutama oleh golongan muda.

Makna Lagu Rajawi Palestini

Rajawi Palestini!

Oh the One Palestine,
The heart is sad for you,
Since years ago,
The eyes have been tearing up,
My beloved Palestine,
Where are the Arab,
They are asleep.
The most beautiful country resist,
May God Protect you,
from the oppress of the enemy brothers and the greedy Jews
We wont give upon you Gaza
Despite the distance from us,
Rafah and Ramallah our ummah is sick
They have made it so much with issue and government corruption,
The Arab individual is living in woe,
His future is nothing but darkness.
The Rajawi (Raja Fan) is the voice of the oppressed people,
That you can’t hear,
We know what is happening,
Because we are Eagles, who will never bow,
But to Allah the Creator of the universe,
Freedom to Palestine,
God willing,  (InsyaAllah)
The joy will last forever,
Palestinian Rajawi,
I would like to go who will take me to there?

Siapa Handala?

Handala adalah satu watak yang menjadi perlambangan perjuangan hidup seorang Palestin.  Berusia 10 tahun, wajah Handala terus misteri ke hari ini sejak dia di`lahir’kan pada tahun 1969 oleh figura kartunis terkenal Palestin Naji Salim Hussain al-Ali. Kemunculan pertamanya adalah pada paparan akhbar al-Siyasa. Namun watak  Handala terus popular sebaik melangkah ke tahun 1973 selepas ia menjadi signatur kepada karya-karya Naji al Ali.

Handala adalah satu manifestasi penderitaan rakyat Palestin yang dilahirkan di bumi sendiri tetapi kemudian `mengemis’ di bumi sendiri. Ia merupakan watak seorang kanak-kanak pelarian yang hidupnya dikepung dan dikawal oleh kuasa yang menindas manusia berdekad lamanya. Handala juga diibaratkan seorang kanak-kanak  berpakaian compang-camping, berkaki ayam – kerana kemiskinannya. Dengan hanya menampakkan bahagian belakang badan, tangan Handala berselisih ke belakang di antara satu sama lain sebagai tanda menolak sebarang `penyelesaian dari luar’. Handala – dalam ikrarnya akan menjelmakan diri selepas Palestin bebas kembali ke tanah air sendiri suatu hari nanti.

Naji Al Ali menjelaskan Handala menggambarkan dirinya pada usia demikian yang dipaksa oleh Israel keluar dari Palestin. Tarikh keramat  pada tahun 1948 – menjadi titik-tolak satu penghinaan ke atas bangsa Arab apabila Israel memperlakukan mereka seperti pendatang, mengusir orang-orang Palestin keluar dari kawasan kediaman. Dasar pecah perintah Zionis menjadi bukti sehingga ke hari ini walau masa berlalu. Namun, Handala kata Naji Al Ali, adalah seorang kanak-kanak yang tidak akan membesar, sehinggalah dia dapat pulang ke tanah air.

Belum pun sempat melihat pencapaian itu, atau sekurang-kurangnya merasai peningkatan sokongan dunia terhadap Palestin ketika ini, Naji Al Aji sudah pun pergi tidak kembali lagi.

Sebagai seorang yang kritis, pengaruhnya dalam era persuratkhabaran negara-negara di Liga Arab amat kuat.  Naji Ali berkarya dengan karikatur atau wartawan kartunis. Terkenal dengan pendiriannya yang tegas dalam isu-isu Palestin, beliau selalu membuat sindiran tajamnya terhadap pihak berkuasa Palestin dan juga Israel. Tiga buah buku kartunnya diterbitkan pada tahun 1976, 1983 dan 1985 dan keempat tidak sempat apabila beliau menemui ajal.  40,000 kartun-kartun hasil karyanya sudah cukup melayakkan dia dinobat sebagai kartunis terkenal di persada dunia Arab. Pada tahun 1979, Naji al Ali dilantik Presiden Kartunis Liga Arab.

Malang menimpa, pada 22 Julai  1987, di luar pejabat al Qabas, suratkhabar Kuwait, di London, Naji Ali ditembak dan tembakan itu mengenai lehernya lantas beliau cedera parah. Lima minggu bertarung nyawa, Naji Al Ali, meninggal dunia di Hospital Charing Cross tempat dia dirawat. Persekutuan Antarabangsa Penerbitan Akhbar menobatkan beliau sebagai `Pena Emas untuk Kebebasan ‘ setahun selepas kematiannya. Pada tahun 2017 siasatan ke atas pembunuhannya dilakukan kembali, namun sepi tiada khabar beritanya.

Bak bait-bait lagu ciptaan Raja Cassablanca Ultra ini,   Palestin akan tetap di dalam hati, mereka merasai apa derita mereka. Selagi Palestin tidak dibebaskan selagi itu, mereka tetap bersama Palestin – untuk membenarkan Handala menunjukkan rupanya satu masa nanti.

*********Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda. MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button