Semasa

PM Ismail Sabri tandatangan buku takziah penghormatan Shinzo Abe

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menandatangani buku takziah sebagai penghormatan kepada bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang meninggal dunia pada Jumaat.

Perdana Menteri dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan beliau diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah hadir di kediaman rasmi Duta Besar Jepun ke Malaysia Katsuhiko Takahashi pada 3.52 petang.

Sementara itu, menjelang sambutan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur, beliau turut yakin hubungan diplomatik kedua-dua negara sepanjang pentadbiran Abe akan diteruskan.

Abe yang berusia 67 tahun disahkan meninggal dunia selepas ditembak ketika sedang memberikan ucapan dalam satu kempen politik di bandar raya Nara.

Mendiang berkhidmat sebagai Perdana Menteri sebanyak dua kali; pertama pada 2006 dan sekali lagi dari 2012 hingga 2020, selain perdana menteri Jepun paling lama berkhidmat.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button