Covid19Dunia

Dua rawatan baharu untuk Covid-19 diluluskan WHO

PARIS : Dua rawatan baharu untuk Covid-19 telah mendapat kelulusan dari pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia  (WHO) bagi mencegah penyakit teruk serta kematian akibat pandemik itu.

WHO memaklumkan rawatan baharu itu ialah penggunaan ubat artritis baricetinib yang digunakan dengan kortikosteroid untuk merawat pesakit Covid-19 yang kritikal.

Ia menyebabkan kadar kelangsungan hidup lebih baik dan mengurangkan keperluan penggunaan ventilator.

Bagi jangkitan Covid-19 yang tidak serius dan tidak berisiko tinggi, kaedah rawatan antibodi sintetik Sotrovimab disyorkan khususnya untuk golongan tua, individu-individu yang mempunyai kekurangan imun atau penyakit kronik seperti diabetes.

Untuk rekod, kortikosteroid untuk pesakit teruk pada bulan September 2020 diikuti ubat artritis tocilizumab dan sarilumab merupakan antara tiga rawatan lain untuk Covid-19 yang telah mendapat persetujuan WHO.

Kortikosteroid murah dan melawan keradangan yang pada kebiasaannya disertai kes teruk.

Ubat artritis tocilizumab dan sarilumab yang disokong oleh WHO pada bulan Julai lalu ialah IL-6 menekankan tindak balas berlebihan sistem imun dalam badan.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button