Semasa

Sesi persekolahan bagi murid Tingkatan 1 hingga 6 bermula 4 April ini

PUTRAJAYA : Sesi pembelajaran secara PdPR selama dua minggu bagi semua pelajar tingkatan 1 hingga 6 akan bermula pada 21 Mac ini.

Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Radzi Jidin, mereka akan hadir ke sekolah dan menjalani sesi pembelajaran secara bersemuka tanpa penggiliran bermula 4 April ini.

“Murid Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5, 6, pra universiti, International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP) dan peperiksaan setara yang sekolah berasrama sepenuhnya perlu hadir ke sekolah tanpa penggiliran.

“Manakala, murid Tingkatan 1 yang berjaya memasuki sekolah berasrama boleh memilih sama ada menjalani PdPR atau menumpang di sekolah harian berdekatan sehingga tarikh kemasukan ke sekolah diumumkan.

“Bagi sekolah swasta berasrama sepenuhnya dan mempunyai kapasiti menguruskan murid, mereka boleh beroperasi sepenuhnya termasuk murid baharu Tingkatan 1,” katanya.

Mengulas lanjut, sesi persekolahan bagi kolej vokasional dan kolej matrikulasi pula akan berlangsung tanpa penggiliran dan mengikut takwim pengajian akademik masing-masing.

Manakala, bagi Institut Pendidikan Guru (IPG) pula, pelajar perlu hadir tanpa penggiliran mengikut takwim akademik masing-masing.

“Ia membabitkan Program Persedian Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Program Ijazah Sarjana Perguruan, Program Diploma Pascasiswazah, Program Diploma Perguruan Malaysia dan Program Intervensi Tambah Opsyen,” katanya.

Related Articles

Back to top button