Labu : Seorang warga emas, Sufian Samad, hanya mampu mengharapkan isterinya yang bekerja sebagai ‘cleaner’ Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi meneruskan kehidupan mereka.
Pendapatan bulanan Susanti (isteri Sufian) RM1000 hanya cukup bagi menanggung suami dan seorang anak mereka yang berumur tujuh tahun.
“Kami makan apa sahaja yang ada, kalau banyak nak pakai duit dalam satu bulan makan sehari saja sekali,” katanya.
Sufian terpaksa bergantung pada kerusi roda sejak lapan tahun lalu. Keadaannya itu menyebabkan makan minum serta salin lampin hanya dapat diuruskan setelah isterinya pulang kerja.
Kebajikan Sufian dan keluarga sudah dalam pantauan Persatuan Amal Bakti Negeri Sembilan sejak tiga tahun lalu. Berbekalkan bantuan daripada Persatuan Amal Bakti, ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban bagi membeli lampin pakai buang Sufian.
Kehadiran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang datang menyantuni dan beramah mesra, membawa senyuman kepada mereka.
Pihak MAPIM memberikan mereka sumbangan berupa kotak bantuan makanan, hasil sumbangan rakyat Malaysia.
“Terima kasih MAPIM sudi datang rumah bagi bantuan, saya rasa bersyukur sangat,” kata Sufian.
Menurut Leftenan (PA) Syahir Syahrumi, Pegawai Tugas-tugas Khas,
“Kita di MAPIM sentiasa berusaha yang terbaik bagi memberikan yang juga terbaik untuk mereka yang memerlukan. Kami berharap sumbangan ini, hasil daripada infaq orang ramai, akan membantu meringankan beban Tuan Sufian sekeluarga. Selain itu kami berterima kasih kepada Persatuan Amal Bakti atas kerjasama mereka.”
Dalam pada masa yang sama, MAPIM dan Persatuan Amal Bakti akan terus bekerjasama bagi membantu mereka yang memerlukan di sekitar Negeri Sembilan, khasnya di daerah Labu.
Oleh Ummi Fatihah – wartawan pelatih UiTM
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038