Bangi : Tidak terlalu awal untuk memberikan penghargaan kepada para wanita yang menjadi sukarelawan semasa banjir melanda negara.
Peranan wanita sebagai sukarelawan kemanusiaan memang sudah lama, namun kali ini ia lebih menyerlah dan sangat penting.
Antaranya adalah aktivis MAPIM Malaysia, Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani Helmi. Mereka menggunakan taraf selebriti mereka bagi memberikan pendedahan kepada orang ramai tentang kesukaran yang ditempuh oleh mangsa banjir.
Di belakang tabir, sukarelawan wanita juga memainkan peranan penting. Antaranya adalah Puan Marina, sukarelawan MAPIM.
Beliau menceritakan pengalaman mendebarkan semasa meredah banjir untuk ke Kampung Orang Asli Bukit Serdang. Di mana kenderaan rosak dan tetapi memikirkan keadaan mangsa banjir, beliau tetap gagahkan diri untuk ke sana.
Menurutnya, “Kami mahu ke kampung Orang Asli untuk tinjau keadaan mangsa di sana dan senaraikan barang yang mereka perlukan. Namun kami tetap membawa barang keperluan asas untuk kegunaan segera.”
Sampai sahaja di pertengahan jalan, air banjir yang disangka surut rupa-rupanya belum surut sepenuhnya dan kenderaan yang mereka naiki rosak akibat banjir. Mujur ada Fazli, orang tempatan yang tahu selok belok ke kampung orang asli lalu membawanya ke sana.
Namun ia masih belum mencukupi kerana air masih dalam kedalaman satu meter, dan mereka terpaksa berpatah balik. Namun Puan Marina mengatakan, “Saya tetap perlu mencari jalan untuk ke sana. Keadaan penduduk orang Asli di situ agak merisaukan kerana kurangnya liputan media di situ.”
Alhamdulillah akhirnya mereka mendapat bantuan daripada MAPIM Rangers, dan dengan menggunakan kereta pacuan empat roda, mereka dapat menempuhi banjir dan seterusnya sampai ke perkampungan orang Asli walaupun cuaca sudah gelap.
Segala penat lelah itu akhirnya terbayar apabila melihat senyuman penduduk kampung yang menerima bantuan mereka.
Tambah Puan Marina, “Saya mahu mereka tahu bahawa, walaupun jauh tetap ada yang ingat dan berusaha membantu mereka. Dalam keadaan sukar begini, ingatan adalah sama pentingnya dengan bantuan makanan. Satu untuk fizikal, dan satu lagi untuk jiwa.”
“Saya bukan mahu membuktikan apa-apa. Saya cuma berusaha untuk berbakti kepada yang memerlukan. Saya tahu ramai wanita di luar sana sama seperti saya, tetapi terikat dengan urusan rumah tangga. Jangan khuatir, kita masih sama-sama masih boleh membantu, sama ada sumbangan mahupun doa. Dan mereka yang mahu menjadi sukarelawan, pesan saya, dapatkan izin suami, atau emak ayah dahulu. InsyaAllah redha mereka akan sentiasa bersama kita dalam perjuangan ini,” kata Puan Marina lagi.
Itulah antara secebis kisah daripada ribuan kisah sukarelawan wanita dalam membantu mangsa-mangsa banjir ini. Semoga ia menjadi inspirasi untuk lebih ramai ikut serta membantu. Apa pula cerita anda?
——————-
MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.
Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.
Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.
Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.
#misiummahbantuummah #365hariuntukummah
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM
Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038