Covid19Dunia

Rusia sedia menawarkan ‘pelancongan vaksin’ untuk penduduk luar negara

Untuk mereka yang susah mahu mendapatkan vaksin di negara sendiri

Moscow : Vaksin Sputnik V, buatan Rusia dilaporkan efektif bagi membendung penyebaran covid-19 oleh The Lancet sebuah jurnal perubatan bebas. Manakala presiden Rusia, Vladamir Putin pula mendakwa vaksin Sputnik V adalah yang terbaik di dunia.

Sputnik V adalah vaksin covid 19 yang pertama di dunia. Vaksin ini berjaya dihasilkan pada Ogos 2020 dan dinamakan sempena satelit pertama Rusia yang dilancarkan ke angkasa pada tahun 1957.

Presiden Rusia itu juga memberi jaminan bahawa setiap warga Rusia akan mendapatkan vaksin secara percuma. Jaminan itu dimaklumkan semasa Forum Ekonomi Antarabangsa di Saint Petersburg, atau juga dikenali sebagai Davos Rusia.

“Saya meminta agar rakyat menggunakan peluang ini bagi melindungi diri sendiri dan orang yang mereka cintai,” kata Vladamir Putin.

Beliau juga bangga mengumumkan bahawa sehingga saat ini belum ada kematian yang dilaporkan akibat pengambilan vaksin Sputnik V. Beliau yang juga telah mengambil suntikan vaksin Sputnik V turut berbangga apabila Sputnik V sudah didaftarkan di 66 buah negara, yang merangkumi 3 bilion penduduk.

Menyedari masih ramai orang dari negara luar yang sukar mendapatkan vaksin di negara sendiri, Vladamir Putin mempertimbangkan untuk membuka ‘pelancongan vaksin’. Di mana orang luar boleh mendapatkan vaksin Sputnik V di Rusia.

“Dengan mempertimbangkan efisiensi vaksin kami, saya tahu permintaan untuknya sangat tinggi,” ujar Putin berkenaan permintaan vaksin Covid-19. “Industri farmasi dalam negara sudah bersedia meningkatkan produksi vaksin,” tambahnya lagi.

Menurut Kirill Dmitriyev, pengarah Russian Direct Investment Fund (RDIF) yang mendanai vaksin Covid-19, sekiranya semuanya berjalan lancar, ‘pelancongan vaksin’ akan dimulakan pada bulan Julai 2021.

Related Articles

Back to top button