Semasa

Tahanan wanita Palestin d penjara israel meningkat kepada 34 orang

Pihak israel telah menahan Samah Awad, 24, selepas dia dipanggil untuk siasatan, dedah Pusat Kajian Tahanan Palestin pada hari Jumaat.

Penahanan Awad, dari bandar Qalqilia di Tebing Barat yang dijajah, meningkatkan jumlah tahanan wanita Palestin di dalam penjara Israel kepada 34 orang.

Menurut Pusat Kajian Tahanan Palestin, tahanan wanita Palestin menerima layanan keras di dalam penjara israel.

Sejak 1967, pendudukan haram israel telah menahan lebih 17,000 banduan wanita Palestin, termasuk 34 masih dalam penjara – kebanyakannya dalam keadaan yang teruk di Penjara Damon.

Pengarah Pusat Kajian Tahanan Palestin, bekas tahanan Riyad Al-Ashqar, mengesahkan lapan banduan wanita dijatuhi hukuman penjara lebih sepuluh tahun, termasuk Nofooth Hammad, 16.

Al-Ashqar juga memberitahu bahawa tujuh banduan wanita, termasuk Israa Al-Jaabis, Azhar Assaf dan Rajaa Karsou, mengalami masalah kesihatan.

Di samping itu, dua banduan wanita muda, Raghad Al-Fanni dan Rawda Abu Ajamiyeh, dikurung di bawah tahanan tanpa bicara.

Maysoon Al-Jabali, yang dipenjarakan sejak 2015, telah dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun.

Al-Ashqar menyatakan bahawa tahanan wanita Palestin Fatema Shahin cedera di bahu dan kaki apabila dia ditahan di Pusat Pemeriksaan Al-Jalama, berhampiran penempatan haram Gush Etzion.

Shahin telah dipenjarakan bersama-sama banduan jenayah walaupun mengalami kecederaan.

Berikutan bantahan oleh rakan banduan, dia dipindahkan ke klinik Penjara Ramleh, kemudian ke Penjara Damon untuk tinggal bersama banduan wanita lain.

Al-Ashqar membongkarkan yang israel melakukan penyeksaan psikologi terhadap tahanan wanita Palestin dan meminta supaya tekanan diberikan kepada israel untuk membebaskan mereka.

Related Articles

Back to top button