
TOKYO : Amaran taufan khas bagi wilayah Kagoshima di Kyusuhi telah dikeluarkan oleh pihak Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
Menurut laporan media antarabangsa, lebih empat juta penduduk diarahkan mencari perlindungan di kawasan selamat sebagai persediaan menghadapi taufan besar yang kuat dan berpotensi membawa kemusnahan.
Taufan Nanmadol yang membawa hujan sehingga setengah meter dengan kelajuan angin pada 198 km/j dijangka mencecah sehinga 270 km/j hari ini.
Officials have issued an emergency warning for violent winds, high waves and storm surges for #Kagoshima Prefecture. They say a very strong #typhoon could trigger the kind of disasters that is seen only once in a few decades. #Nammadol https://t.co/id9hNn41jx
— NHK WORLD News (@NHKWORLD_News) September 18, 2022
Berdasarkan ramalan agensi cuaca, Kyushu Selatan dijangka menerima taburan hujan 500 milimeter (mm) dan wilayah Tokai tengah 300 mm.
Nanmadol berpotensi menjadi ribut tropika paling berbahaya melanda Jepun dalam beberapa dekad dan diklasifikasikan sebagai taufan super oleh Pusat Amaran Taufan bersama Tentera Laut Amerika Syarikat.
More than four million people on Kyushu island have been ordered to evacuate, as powerful Typhoon Nanmadol bears down on southwestern #Japan, NHK reported on Sunday. pic.twitter.com/ohKSpzDXm0
— CGTN (@CGTNOfficial) September 18, 2022
Dalam pada itu, Kyushu Railway mula menghentikan beberapa laluan kereta api pada Sabtu sebelum penggantungan yang lebih luas pada Ahad.
Ratusan penerbangan hujung minggu di wilayah selatan juga telah dibatalkan sehingga badai taufan itu berakhir.