DomestikSemasa

TDM Gagalkan Cubaan Seludup Ganja Mampat Di Sungai Golok

Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup ganja mampat seberat 207 kilogram dengan nilai dianggarkan melebihi RM600,000 di kawasan Sungai Golok, sempadan Malaysia-Thailand, pada Khamis.

Menurut kenyataan Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen), kegiatan itu dikesan sekitar 12.45 tengah hari ketika pasukan rondaan di bawah tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia terserempak dengan empat lelaki yang sedang memindahkan barang dari sebuah bot ke tebing sungai di kawasan Malaysia.

“Menyedari kehadiran pasukan operasi, semua lelaki terbabit segera melarikan diri ke arah tebing Thailand dan meninggalkan barangan yang dibawa,” menurut kenyataan itu.

Hasil pemeriksaan lanjut menemukan empat kotak berisi ganja mampat seberat 207 kilogram yang dianggarkan bernilai RM641,700.

Semua barang rampasan kemudiannya diserahkan kepada Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA

Related Articles

Back to top button