PalestinSemasa

Tentera Israel bunuh dua rakyat Palestin dalam serbuan di Tebing Barat

Tebing Barat – Tentera Israel telah menembak mati dua rakyat Palestin dalam serbuan sebelum subuh di Tebing Barat yang dijajah, kata kementerian kesihatan Palestin, ketika tentera mengesahkan ia menjalankan aktiviti “membanteras keganasan” di wilayah yang dijajah.

“Dua rakyat Palestin terbunuh apabila peluru terkena ke kepala di bandar Tulkarem,” kata kementerian itu pada Ahad. Ia mengenal pasti dua orang yang terbunuh dikenali sebagai Osaid Abu Ali, 22, dan Abd al Rahman Abu Daghash, 32.

Sementara itu, tentera Israel mengesahkan seorang askar telah cedera akibat serpihan tembakan dalam pertempuran di kem pelarian Nur Shams berhampiran bandar itu.

Tentera menyelongkar pusat perintah operasi di dalam bangunan di kem itu dan turut menemui sejumlah besar bahan letupan, kata tentera dalam satu kenyataan.

 

SUMBER: AFP

Related Articles

Back to top button