DuniaPalestinSemasa

Tentera Israel ceroboh tebing barat

RAMALLAH: Pertembungan melibatkan antara tentera Israel dan penunjuk perasaan Palestin mengakibatkan puluhan yang cedera di Tebing Barat, kata pegawai perubatan.

“Pertempuran itu berlaku berdekatan bandar Ramallah di Tebing Barat.” kata seorang saksi di situ.

Puluhan penunjuk perasaan pengsan selepas terhidu gas pemedih mata manakala seorang wartawan tempatan cedera akibat ditembak tentera Israel, kata sumber perubatan.

Pertempuran sengit lain turut berlaku berhampiran perkampungan Beita dan Beit Dajan antara penduduk Palestin dan tentera Israel, di bahagian selatan serta timur dekat utara Nablus, Tebing Barat.

Ketua Jabatan Kecemasan dan Ambulans di Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, Ahmad Jibril, berkata 15 penunjuk perasaan Palestin cedera ditembak oleh tentera Israel termasuk tiga ditembak dengan logam bersalut getah di kepala di Beita.

Tambah beliau, 12 lagi rakyat Palestin ditembak dan cedera akibat peluru hidup manakala puluhan yang lain terhidu gas pemedih mata semasa pertempuran dengan tentera Israel di Beit Dajan.

Beita dan Beit Dajan menyaksikan protes mingguan selepas Israel bertindak memperluaskan penempatan mereka secara haram dengan mengusir penduduk Palestin sedia ada.

Israel menjajah Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis yang dituntut Palestin sejak perang Timur Tengah 1967, wilayah di mana rakyat Palestin mahu menubuhkan Palestin yang merdeka. – AGENSI

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button