PalestinSemasa

Tiga rakyat Palestin cedera dalam serbuan di Tebing Barat

RAMALLAH: Tiga rakyat Palestin cedera semasa serbuan tentera israel di kem pelarian Deheisheh di Bethlehem bandar Kufr Nimeh, barat Ramallah, menurut pelbagai sumber.

Penduduk berdepan dengan askar penceroboh apabila mereka menyerbu kem pelarian yang terletak di selatan Bethlehem memukul wanita serta kanak-kanak bagi menahan aktivis setempat.

Anggota tentera melepaskan tembakan ke arah penduduk menyebabkan 3 cedera dengan peluru hidup, seorang terkena di dada serta dikatakan berada dalam keadaan kritikal, manakala 2 lagi cedera di kaki dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Dalam serbuan itu, tentera menahan 8 penduduk kem selepas menyerbu rumah keluarga mereka, kata sumber.

Di bandar kawasan Ramallah, tentera menyerbu Kufur Nimeh untuk menangkap penduduk semasa konfrontasi serbuan berlaku.

Keganasan yang dilakukan israel semakin meningkat dari hari ke hari menyebabkan ramai yang terkorban, cedera dan kehilangan tempat tinggal.

Ketika ini juga, tentera zionis menceroboh Al-Aqsa dan dengan zalim menghalau jemaah Palestin yang menunaikan solat tarawih.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button