DuniaPalestin

Tiga rakyat Palestin dibunuh tentera Israel di Tebing Barat

NABLUS : Zionis Israel membunuh tiga lelaki warga Palestin dalam operasi menentang sel pengganas di bandar Nablus di Tebing Barat.

Jumlah korban itu disahkan Kementerian Kesihatan Palestin dan polis sempadan Israel.

Polis sempadan memaklumkan bahawa mereka yang terkorban ialah pejuang bersenjata yang terbunuh semasa pertempuran dengan pasukan keselamatan.

Menurutnya, ketiga-tiga mereka dituduh atas kesalahan melakukan serangan tembakan terhadap tentera Israel dan orang awam baru-baru ini.

Palestinians carry the body of a man, one of three killed by Israeli froces in the occupied West Bank city of Nablus, on February 8, 2022. – Three Palestinians were killed by Israeli forces in the occupied West Bank city of Nablus today during what Israel described as an operation against a “terrorist cell”. (Photo by JAAFAR ASHTIYEH / AFP)

Walau bagaimanapun, tiada rakyat Israel yang tercedera dalam operasi itu.

Sumber dalam pergerakan Fatah di bawah Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, mengenal pasti dua daripada yang maut sebagai Adham Mabrouk dan Muhammad Al-Dakhil.

Menurut sumber keselamatan Palestin, kenderaan milik warga Palestin itu dipintas oleh tentera Israel yang berada di dalam kenderaan awam sebelum bertindak untuk menembak ke arahnya, menyebabkan kematian tiga mangsa.

Ratusan warga Palestin membanjiri kawasan luar Hospital Rafidia di Nablus ketika mayat ketiga-tiga mereka dibawa keluar.

Untuk rekod, bandar Nablus terletak di utara Tebing Barat, wilayah Palestin yang diduduki Israel sejak Perang Enam Hari pada 1967 dan adalah lokasi di mana pergolakan kerap berlaku.

Hampir setengah juta rakyat Israel tinggal di penempatan di wilayah itu bersama kira-kira tiga juta rakyat Palestin.

– AGENSI


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button