Tohmahan pensyarah hina B40
SERI ISKANDAR : Gempar sebuah video tular di media sosial memaparkan kelakuan seorang pensyarah yang bertindak melontarkan tomahan kepada pelajarnya ketika sesi kelas atas talian.
Video yang berdurasi satu minit 45 saat itu mendapat perhatian orang ramai apabila pensyarah terbabit memandang rendah kepada salah seorang pelajarnya kerana menggunakan telefon pintar dan tidak mampu membeli sebuah komputer riba.
I bukan student UITM tapi bila i tengok video rasa sakit hati gila. Kenapa seorang pensyarah boleh merendahkan anak murid dia sendiri. Bukan salah mereka untuk jadi susah. Lebih baik menolong dari pada mencaci.
Mungkin jugak dia tengah tunggu free laptop yang dijanjikan dulu…. pic.twitter.com/YSsSDVfofS
— HAKAK CREAM PUFF (@athirahridwan4) March 29, 2022
“Kau cakap dengan kakak kau kalau dia ada gelang emas, pergi jual gelang emas pergi beli komputer.
“Sebab itu kau tak boleh belajar dengan baik sebab kau takda komputer dan lepas ni aku akan ajar excel dan kau akan jadi dropou.
“Hanya 800 sahaja untuk beli computer, pasal itu aku tidak boleh duduk dengan budak B40 yang lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran,” tambahnya lagi.
Dalam satu kenyataan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam memaklumkan tindakkan pensyarah itu diluar norma, tidak beretika dan kenyataan menghina dan memperlekeh golongan B-40 adalah tidak wajar.
wakil MPP mendesak pihak pengurusan tertinggi universiti untuk membuat siasatan dan mengambil tindakkan yang wajar dan selayaknya.
Sementara itu, isu ini turut mendapat perhatian ramai termasuk seorang pemengaruh media sosial, Ceddy.
“Ini sangat menyedihkan, kenapa perlu memalukan pelajar itu? Jika professor itu kaya (sebab dia tidak suka budak miskin) kenapa dia tidak belikan computer untuk dia” ujarnya di laman Twitter.
Buat masa ini masih tiada lagi tindakkan dari pihak UiTM.
Oleh wartawan pelatih – Izzul Nazaruddin