SemasaSyria

Kem di Syria dirempuh masuk pengganas

UTARA SYRIA : Tiga orang, termasuk seorang kanak-kanak terbunuh dan 10 yang lain cedera di kem pelarian semasa pertempuran bersenjata meletus antara YPG/PKK yang disyaki pengganas Daesh.

YPG (Unit Perlindungan Antarabangsa), salah satu kumpulan pengganas Syria, PKK (Parti Pekerja Kurdistan) menghantar beberapa anggota pada lewat malam dan cuba memasuki kem Al-Hol di wilayah Hasakah, sehingga membawa kepada konflik bersenjata dengan sekutu Daesh yang disyaki.

Berdasarkan laporan, khemah-khemah di kem tersebut mengalami kerosakan yang teruk dan walaupun pertempuran telah dihentikan, keadaan masih tegang.

YPG/PKK bertindak menahan tebusan di kem anggota Daesh serta saudara mara mereka.

Sinki kotor, kabin pancuran mandian, makanan  tamat tempoh, khemah yang mengalami kerosakan dan kekurangan akses kepada ubat-ubatan dan penjagaan kesihatan adalah antara masalah utama yang dihadapi oleh penduduk.

Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan memberi amaran bahawa situasi kemanusiaan di kem itu semakin teruk dan meminta akses ke pusat di mana militant Daesh disimpan.

Menurut PBB, kem tersebut menempatkan  sehingga 10,000 orang dengan majoriti wanita dan kanak-kanak.

Selain itu, terdapat ribuan pengganas asing, Syria dan Iraq berada di kem tersebut.

Perang saudara Syria bermula pada Mac 2011, apabila rejim Bashar Al-Assad bertindak keras terhadap penunjuk perasaan pro-demokrasi.

Menurut anggaran PBB, ribuan maut sejak berlakunya pertempuran dan jutaan lagi kehilangan tempat tinggal.-AGENSI

Diterjemah oleh: Hasanah Yusof, Wartawan Pelatih Fakulti Komunikasi Pengajian Media UiTM SA

Related Articles

Back to top button