PalestinSemasa

Trump Arah AS Tarik Diri daripada 66 Organisasi Antarabangsa dan Entiti PBB

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menandatangani satu memorandum presiden yang mengarahkan pengunduran negara itu secara besar-besaran daripada 66 organisasi antarabangsa. Jumlah tersebut merangkumi 35 organisasi bukan PBB dan 31 entiti di bawah payung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Rumah Putih dalam kenyataannya pada Rabu menegaskan bahawa langkah ini diambil kerana organisasi-organisasi terbabit didakwa tidak lagi berkhidmat untuk kepentingan Amerika. Mereka dituduh mempromosikan “dasar iklim radikal,” agenda tadbir urus global, serta program ideologi yang bercanggah dengan kedaulatan nasional dan kekuatan ekonomi AS. Pentadbiran Trump mahu memastikan wang pembayar cukai tidak lagi disalurkan kepada entiti yang mendahulukan agenda globalis berbanding keutamaan AS.

Tindakan ini merupakan kesinambungan dasar agresif Trump sejak memulakan penggal kedua pemerintahannya setahun lalu. Sebelum ini, beliau telah bertindak memotong dana kepada PBB, menghentikan penglibatan dengan Majlis Hak Asasi Manusia PBB, keluar daripada UNESCO, serta mengumumkan rancangan untuk meninggalkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Perjanjian Iklim Paris.

Sumber: TRT World & Agensi

Related Articles

Back to top button