DuniaSemasa

Trump Cadang Bajet Pertahanan $1.5 Trilion, Mahu Bina ‘Ketenteraan Impian’ Hadapi Ancaman Global

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengemukakan cadangan drastik untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan negara itu kepada $1.5 trilion menjelang tahun 2027. Jumlah ini merupakan lonjakan ketara berbanding bajet tahun 2026 yang ditetapkan pada $901 bilion.

Menerusi satu hantaran di Truth Social, Trump mewajarkan kenaikan tersebut sebagai langkah kritikal bagi menghadapi “masa yang bermasalah dan berbahaya.” Beliau berhasrat membina “Ketenteraan Impian” yang mampu menjamin keselamatan AS tanpa mengira ancaman musuh, dan yakin dana tersebut dapat ditampung melalui hasil kutipan tarif yang dikenakan pentadbirannya ke atas negara sekutu dan pesaing.

Cadangan ini hadir di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang memuncak, hanya beberapa hari selepas AS melancarkan operasi ketenteraan untuk menahan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro atas tuduhan pengedaran dadah. Selain pengumpulan tentera di Laut Caribbean, pentadbiran Trump turut mencetuskan kontroversi dengan menyuarakan hasrat mengambil alih Greenland atas alasan keselamatan negara, mempertimbangkan operasi di Colombia, serta mengeluarkan amaran keras terhadap Cuba.

Sumber: TRT World & Agensi

Related Articles

Back to top button