Covid19DuniaKesihatanSemasa

Vaksin Covid-19 mampu kurangkan 40 peratus risiko penularan

GENEVA : Vaksin Covid-19 berupaya untuk mengurangkan kira-kira 40 peratus penularan varian Delta dominan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Walau bagaimanapun, Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus, memberi amaran kepada individu yang telah divaksin agar tidak terlalu berasa yakin sehingga merasakan mereka selamat sepenuhnya daripada ancaman coronavirus.

Justeru, beliau menggesa masyrakat yang telah menerima vaksin supaya terus mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penyebaran wabak virus Covid-19.

Menurutnya, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan dan kematian akibat Covid-19 minggu lalu di Eropah mencecah sehingga 60 peratus.

Jumlah kes yang banyak itu diterjemahkan kepada tekanan tidak mampan terhadap sistem kesihatan dan pekerja kesihatan yang keletihan.

“Kami bimbang mengenai rasa riak bahawa vaksin menamatkan pandemik dan orang divaksinasi tidak perlu mengambil sebarang langkah berjaga-jaga lain. Vaksin boleh menyelamatkan nyawa tetapi tidak menghalang penularan sepenuhnya.

“Data mencadangkan sebelum ketibaan varian Delta, vaksin mengurangkan penularan kira-kira 60 peratus manakala selepas Delta ia susut kepada kira-kira 40 peratus,” katanya.

Varian Delta yang lebih mudah menular kini sangat dominan di seluruh dunia sehingga jauh melebihi semua varian lain disatukan atau varian asal.

Menurut laporan epidemiologi mingguan WHO, 99.8 peratus daripada 845,000 jujukan dimuat naik di bawah inisiatif sains global GISAID dengan spesimen dikumpul dalam 60 hari terakhir, adalah varian Delta.

“Walaupun anda telah divaksin dan mempunyai risiko penyakit teruk dan kematian yang jauh lebih rendah tetapi masih berisiko dijangkiti serta menjangkiti orang lain,” menurutnya.

-AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

 

Related Articles

Back to top button