Semasa

Vaksin cegah Omicron mungkin tersedia awal 2022 depan – Moderna

Vaksin untuk mencegah varian coronavirus Omicron mungkin boleh dikeluarkan pada awal tahun 2022 kelak.

Ketua Pegawai Perubatan Moderna Inc, Paul Burton berkata kemungkinan besar varian tersebut mempunyai imuniti terhadap vaksin semasa dan memerlukan masa untuk mengkaji semula vaksin yang sedia ada.

“Kita harus tahu tentang keupayaan vaksin semasa untuk memberikan perlindungan dalam beberapa minggu akan datang.

“Jika kita perlu membuat vaksin baharu, vaksin baharu untuk melawan Omicron boleh didapati seawal tahun 2022.

“Perkara yang luar biasa mengenai vaksin mRNA, platform Moderna, ialah kita boleh bergerak dengan sangat pantas,” katanya.

Syarikat bioteknologi yang berpangkalan di Cambridge, Massachusetts menggerakkan ratusan kakitangannya pada awal Khamis untuk membuat penyelidikan selepas berita mengenai varian Omicron tersebar.

“Jika anda masih belum diberi vaksin, pergilah dapatkan vaksin.

“Ini adalah virus yang kelihatan berbahaya, tetapi saya fikir kita sudah memiliki peralatan yang lengkap untuk memerangi varian baharu ini.

Burton mengatakan langkah perlindungan bagi menghadapi varian baru amat diperlukan, tetapi ia bergantung kepada berapa lama seseorang itu telah menerima vaksin. Ketika ini, mendapatkan suntikan vaksin adalah inisiatif yang paling masuk akal.

“Sejak awal 2021, Moderna memiliki strategi komprehensif untuk mengantisipasi varian baru.

Perusahaan telah berulang kali membuktikan telah menghasilkan vaksin Covid-19 untuk memerangi varian baru dengan masa uji coba klinis selama 60-90 hari,” tulis Moderna dalam keterangan resminya.

Moderna berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka sedang berusaha dengan pantas untuk menguji vaksin semasa terhadap varian Omicron, dan mengkaji dua dos penggalak baharu.

“Sejak awal 2021, Moderna telah memajukan strategi komprehensif untuk menjangka varian baharu yang menjadi kebimbangan,” Pihak kami telah berulang kali menunjukkan keupayaan untuk memajukan penggalak jenis baharu ke ujian klinikal dalam 60 hingga 90 hari.” katanya.

-AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button