PalestinSemasa

Wartawan diserang dengan gas pemedih mata & bom tangan di Nablus

NABLUS: Pasukan penceroboh israel menyerang wartawan Palestin dengan gas pemedih mata dan bom tangan di Jabal Sabih di Nablus.

Kredit foto IssamRimawi Photography

Pasukan pendudukan israel menyasarkan wartawan dengan menembakkan gas pemedih mata ke arah mereka semasa mereka membuat liputan demonstrasi Palestin menentang perarakan israel menuju ke pos kolonial Eviatar, yang terletak di Jabal Sabih di bandar Beita, Nablus.

Seorang wartawan turut telah cedera akibat terkena peluru getah israel semasa membuat liputan.

Ghassan Daghlas, yang memantau aktiviti penempatan di utara Tebing Barat, memberitahu WAFA bahawa beribu-ribu peneroka menganjurkan perarakan dari persimpangan Za’tara ke arah pos penempatan Aviatar yang dibina di puncak Jabal Sabih.

Beliau berkata sekurang-kurangnya tujuh menteri israel dan lebih 20 ahli parlimen israel, termasuk Menteri Kewangan Bezalel Smotrich, serta Menteri Keselamatan Negara ultra-nasionalis Itamar Ben Gvir, mengambil bahagian dalam perarakan itu.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button