SEPANG: Genap hari ke-5 Johor dilanda ujian bencana banjir, situasi semakin kritikal dengan jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 33,149 orang yang dipindahkan ke 217 PPS setakat 8 pagi tadi.
Bertindak membantu kerja-kerja bantuan kemanusiaan di Johor, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama sayapnya, tim sukarelawan pacuan empat roda 4×4 MAPIM Rangers mengerakkan usaha persiapan dari Ummah Central Warehouse di Sepang sejak jam 2 pagi tadi.
“Biarpun team baru tiba dari groundzero Misi Kemanusiaan Turkiye-Syria, kita komited dengan bantuan dalam negara atas persediaan yang telah dibuat. MAPIM gerakkan bantuan terbaik ke Johor dengan sinergi pelbagai pihak untuk berikan khidmat sebaik mungkin kepada mangsa banjir,” jelas Dr Sani Araby Al-Kahery, Ketua Pegawai MAPIM Malaysia
Disamping membawa 200 kotak pek makanan dan 100 lagi kotak pek makanan sumbangan Yayasan Al Khair (Al Khair Foundation), dalam misi bantuan ke Johor kali ini, MAPIM Malaysia turut mengerakkan satu unit Mobile Kitchen-nya ke Muar untuk menyediakan masakan panas dan bersih kepada mangsa banjir yang menghuni di Pusat Penempatan Sementara (PPS).
MAPIM Malaysia mensasarkan untuk menyantuni sekurang-kurangnya 1,200 mangsa banjir di sana dalam misi kali ini.
“kali ini disamping kotak foodpack, kita juga bawa tambahan 50 kampit beras, 768 botol air mineral, 240 tin sardin, garam, gula, minyak masak, biskut, kopi dan tepung untuk dimanfaatkan oleh mangsa-mangsa banjir yang mengungsi di sini,” kata Leftenen Bersekutu (PA) Aiman Syafiq yang mengetuai Misi MAPIM ke Lenga, Muar ketika ini.
Menurut Aiman lagi, perjalanan ke kawasan terpencil agak menyukarkan perjalanan sukarelawan namum mereka berjaya tiba pada jam 6 pagi tadi di Muar.
Persediaan hot meals atau masakan panas dimulakan jam 3 petang ini dan akan diedarkan kepada mangsa dan juga pasukan frontliners yang telah tiba lebih awal dalam usaha bantuan banjir di sana.
Lagi berita menyusul…
BACA JUGA
Seorang lelaki maut dibawa arus banjir di Johor
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan musibah banjir serta menyokong kelangsungan misi bantuan kemanusiaan kami.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066
atau klik ke www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038