BanjirDomestikSemasa

‘Yang penting cucu saya selamat…’

Banjir kilat yang melanda Baling sudah pasti menjadi mimpi ngeri untuk penduduk yang pernah terkesan dengan bencana itu. 

Mereka hanya mampu melihat kediaman dan barang-barang  mereka yang rosak dibadai bah  dalam sekelip mata, lebih menyayat hati apabila ada yang kehilangan orang tersayang.

Salah seorang mangsa, Abdul Latif Ismail, 68, berkongsi situasi cemas yang pasti akan sentiasa menghantuinya setiap kali hujan lebat melanda.

Ketika kejadian, dengan usianya yang sudah lanjut beliau tetap menguatkan diri untuk memegang erat cucunya itu dari dibawa arus banjir yang deras.

“Ingat air banjir biasa macam dulu, tapi bila saya buka pintu sahaja tengok air terus laju masuk mengalir ke dalam rumah, saya terus bergegas selamatkan cucu saya dan orang rumah saya. 

“Biarlah Tuhan yang ambil nyawa saya dulu, yang penting apa jadi sekalipun nyawa keluarga saya selamat, walaupun saya dah tua tetapi tetap gagahkan diri genggam erat tangan cucu saya agar dia selamat,” katanya.

Tambahnya lagi, rumah yang menjadi tempat teduh mereka teruk dipenuhi lumpur dan kesemua barang-barang berharga, perabot dan kereta juga semua habis tidak boleh dipakai lagi.

Keadaan tersebut telah memaksa Abdul Latif sekeluarga untuk tumpang tidur sementara di rumah saudara mereka.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada tim MAPIM RANGERS yang sudi menziarahi keluarganya serta mengembleng tenaga membantu membersihkan rumah mangsa yang terjejas akibat banjir.

“Terima kasih banyak-banyak kepada kalian semua, hanya Allah S.W.T yang mampu membalas jasa baik kalian semua, kalau tidak tak tahu la macam mana saya dengan usia yang dah lanjut ni nak cuci dan baiki barang-barang yang rosak,” katanya.


MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button