PalestinSemasa

Zionis israel menyekat bahan mentah daripada sampai di Palestin

BANGI : MyAqsa Defenders dengan kerjasama ‘Friends of Palestine’ menganjurkan satu bual bicara ‘Sharing From Experts : Other Side of Palestine’ yang menampilkan narasumber yang pakar dalam bidang berkaitan isu Palestin dan israel di Ummah Hall, Wisma MAPIM, Bandar Seri Putra pada pagi Rabu.

Bual bicara ini disampaikan oleh Miko Peled dari Amerika Syarikat. Beliau merupakan anak kepada Mattiyahu Peled iaitu Jeneral Israel yang pernah terlibat dengan Perang Arab israel 1948, Perang Enam Hari 1967. Datuknya Avraham Katsnelson pula antara pengasas israel yang menandatangani Deklarasi Kemerdekaan Negara 1948 yang menjadi punca tertubuhnya negara haram israel.

Bual bicara turut menampilkan Baha Hilo dari Tebing Barat, Palestin yang merupakan warga Palestin yang banyak terlibat dengan Pertubuhan Hak Asasi Manusia dan Sis Maya dari Eropah, seorang aktivis kemanusiaan yang berpangkalan di Eropah.

Dalam sesi ini, Miko Peled berkongsi bahawa dia membenci keganasan dan dia membuat keputusan untuk tidak lagi meneruskan legasi datuk dan ayahnya. Beliau menegaskan bahawa tindakan negara haram itu menindas rakyat Palestin telah melanggar hak asasi manusia.

“Kalian pasti tidak tahu betapa kejamnya israel terhadap Palestin. Di media sosial dan akhbar mereka hanya menunjukkan kekejaman seperti memukul dan membunuh rakyat Palestin.

“Tetapi sebenarnya mereka lebih kejam daripada itu, mereka sebenarnya membunuh rakyat Palestin secara perlahan-lahan dengan menyekat segala kemasukkan bahan mentah ke negara itu. Lebih menyedihkan mereka hanya membenarkan sistem pengairan di negara itu sebanyak 3 peratus. Bayangkan berjuta penduduk negara Palestin, hanya 3 peratus air bersih disalurkan,” tegasnya lagi.

Baha Hilo selaku warga Palestin yang banyak terlibat dengan Pertubuhan Hak Asasi Manusia menceritakan perjalanan sebenar bagaimana pengasas negara haram Israel melakukan proses Apartheid yang membawa kepada penjajahan ke atas negara Palestin.

“Kita perlu menuntut kerajaan untuk mengiktiraf Palestin. Apartheid adalah jenayah terhadap kemanusiaan.

Setiap orang yang mempunyai hati nurani bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia, perlu menuntut kerajaan bertindak untuk memastikan bahawa tiada hubungan yang dijalinkan dengan israel untuk menamatkan apartheid,” kata Baha Hilo.

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus menyokong dan sentiasa membantu penduduk Palestin yang ditindas serta dirampas haknya oleh zionis israel.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button