BEIRUT : Tiada angka rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan Beirut. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya 12 orang yang cedera akibat letupan yang berlaku di kem pelarian Palestin, Burj Shamali di selatan Lubnan malam semalam.
Kebakaran bermula daripada satu lori tangki diesel yang kemudian merebak ke masjid berdekatan yang dikawal kumpulan pejuang Palestin dan mengakibatkan depot simpanan senjata kumpulan Hamas turut meletup.
Pendakwa Raya Beirut telah mengarahkan agensi keselamatan dan pakar senjata menjalankan pemeriksaan ke atas tapak simpanan senjata milik Hamas, lapor media tempatan.
Sebahagian besar kem pelarian di negara tersebut berada di bawah kawalan kumpulan pejuang Palestin yang terdiri daripada pergerakan Hamas dan Fatah.
Lubnan juga merupakan tempat perlindungan ribuan pelarian Palestin yang sejumlah 12 kem pelarian wujud di sekitar negara itu.