PalestinSemasa

12 rakyat Palestin ditahan tanpa sebab di Tebing Barat

RAMALLAH: Pasukan penceroboh israel menahan sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin dalam serbuan awal pagi di wilayah yang dijajah, menurut pelbagai sumber.

Tentera telah menahan 5 orang dalam satu keluarga di al-Ouja, utara bandar Jericho.

Di Hebron di selatan Tebing Barat, tentera israel menahan seorang lelaki penduduk bandar Tulkarm di utara Tebing Barat selepas menyerbu sebuah rumah, dan dua lagi ditahan di bandar Beit Ummar, utara bandar Hebron.

Tiga rakyat Palestin turut ditahan di perkampungan Bittin, timur Ramallah, selepas menceroboh rumah keluarga mereka.

Seorang lagi ditahan di kejiranan Beit Hanina di Baitulmaqdis Timur yang dijajah, kata Suruhanjaya Banduan.

Kredit Foto Twitter Quds News Network

Bilangan tahanan Palestin yang ditawan di penjara pendudukan israel selama lebih 20 tahun kini telah mencecah 396, dan 53 lagi tahanan telah memasuki tahun ke-21 mereka dipenjarakan.

Penangkapan besar-besaran rakyat Palestin bukanlah satu perkara yang baru. Menurut laporan tahun 2017 oleh Addameer, sejak 50 tahun lalu, lebih 800,000 rakyat Palestin telah dipenjarakan atau ditahan oleh israel dan angka kini dipercayai hampir 1 juta.

Ini bermakna kira-kira 40% lelaki dan kanak-kanak lelaki Palestin yang hidup di bawah penjajahan tentera telah dirampas kebebasan mereka.

BACA JUGA
75 tahun selepas tragedi pembunuhan beramai-ramai Deir Yassin

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button