PalestinSemasa

Perancis kutuk keras serangan peneroka haram israel ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat

Perancis mengutuk serangan peneroka Israel yang “tidak boleh diterima” ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat yang dijajah.

Lebih 100 rakyat Palestin telah terbunuh di Tebing Barat yang dijajah sejak tercetusnya konflik baru-baru ini di Gaza awal bulan ini, kebanyakannya semasa serbuan oleh tentera Israel atau serangan oleh peneroka haram, menurut kementerian kesihatan Palestin.

“Perancis mengutuk sekeras-kerasnya serangan peneroka yang telah menyebabkan kematian beberapa orang awam Palestin sejak beberapa hari lalu di Qusra dan Sawiya, serta pengusiran paksa beberapa komuniti,” kata satu kenyataan kementerian luar.

“Keganasan yang dilakukan oleh peneroka haram terhadap penduduk Palestin semakin meningkat. Ia tidak boleh diterima dan mesti dihentikan,” tambahnya.

SUMBER : TRT World

 

Related Articles

Back to top button