DuniaSemasa

Institusi Arab selar tuduhan Zionis, dakwa pertubuhan hak asasi manusia Palestin ‘organisasi pengganas’

TUNISIA : 13 parti politik Arab serta Pihak Berkuasa Palestin (PA), komuniti hak asasi dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam tindakan pihak berkuasa Zionis menyenaraikan enam kumpulan pejuang Palestin sebagai ‘organisasi pengganas’, lapor agensi Anadolu.

Parti Pertubuhan Pekerja Tunisia iaitu sebuah pergerakan berhaluan kiri mengeluarkan satu kenyataan yang ditandatangani 13 institusi dari Tunisia, Maghribi, Palestin, Jordan, Mauritania, Lubnan, Mesir, Syria, Kuwait dan Bahrain yang menyelar sekeras-kerasnya tuduhan pihak Zionis tersebut.

“Zionis melakukan fitnah yang amat teruk terhadap kumpulan hak asasi manusia apabila mengaitkannya dengan organisasi pengganas,” jelas pertubuhan tersebut.

Kelmarin, Menteri Pertahanan Israel memaklumkan keenam-enam kumpulan hak asasi itu mempunyai kaitan dengan Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin (PFLP), yang didakwa sering melancarkan serangan terhadap penduduk Israel.

Menurut kementerian tersebut, semua kumpulan hak asasi manusia berkenaan ‘membentuk rangkaian organisasi yang aktif dan berpura-pura di hadapan komuniti antarabangsa’.

“Keenam-enam kumpulan itu dikawal oleh pemimpin kanan PKLP dan menempatkan sejumlah anggotanya, termasuk mereka yang terlibat dalam kegiatan keganasan,” jelas kementerian itu.

Zionis turut mendakwa kumpulan hak asasi tersebut menerima ‘sejumlah dana daripada beberapa negara Eropah dan organisasi antarabangsa’.

Enam kumpulan hak asasi manusia yang dimaksudkan ialah Al-Haq, Addameer, Pertahanan untuk Kanak-Kanak Antarabangsa-Palestin, Pusat Pembangunan dan Kajian Bisan dan Kesatuan Jawatankuasa Wanita dan Kesatuan Jawatankuasa Agrikultur.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button