DuniaSemasa

18 terkorban termasuk ulama dalam insiden letupan sebelum tunai solat Jumaat di Afghanistan

KABUL: Sekurang-kurangnya 18 terkorban termasuk seorang ulama berprofil tinggi manakala 23 yang lain tercedera dalam kejadian letupan di luar sebuah masjid di bandar Herat di Afghanistan Barat.

Menurut laporan Al-Jazeera, jurucakap polis Herat, Mahmood Rasooli berkata, Mujib Rahman Ansari, bersama beberapa pengawal dan orang awam telah terbunuh ketika sedang dalam perjalanan menuju ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Sementara itu, jurucakap Taliban, Zabiullah Mujahid, menzahirkan ucapan ‘takziah yang atas kematian Ansari dan menegasnya bahawa si pelakunya akan menerima hukuman yang setimpal.

Walau bagaimanapun, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian letupan itu setakat ini.

Untuk rekod, Mujib Rahman Ansari terkenal di Afghanistan kerana sokongannya terhadap Taliban pada perhimpunan besar ribuan ulama yang dianjurkan oleh kumpulan itu pada akhir Jun lalu.

Taliban telah meningkatkan keselamatan di negara itu sejak mengambil alih kuasa sekitar setahun lalu, namun sejak akhir-akhir ini keadaan dilaporkan semakin memburuk.

Ia susulan terdapat beberapa insiden letupan sejak beberapa bulan kebelakangan ini, sebahagian daripadanya menyasarkan masjid yang sibuk pada waktu solat.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button