Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.
Demikian reaksi yang boleh digambarkan saat melihat kerjasama rakyat Malaysia ketika dalam usaha membawa turun dua orang warga emas yang lumpuh dari atas bumbung Surau Taman Sri Nanding, Hulu Langat.
Video yang berdurasi satu minit 24 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki bekerjasama membawa turun warga emas dari bumbung surau yang ditakuti akan ditenggelami air sekali lagi.
@khairulnizam1881 Menurunkan Makcik ni Mangsa Banjir yang terkandas Di atas Surau Tmn Sri Nanding. #banjirhululangat #squadpermudalejas #fyp #tiktokmalaysia
Merujuk pada ruangan komen, pemilik video khairulnizam1881 berkata, mereka terdengar suara orang menjerit meminta tolong turunkan dua warga emas yang lumpuh.
Tanpa membuang masa, beliau dan rakan bergegas membawa turun dua warga emas yang berkerusi roda itu.
Tambah Khairul, kedua warga emas yang lumpuh itu sudah 24 jam terkandas atas bumbung surau tersebut.
Tindakan murni sekumpulan pemuda ini mendapat respon yang pelbagai daripada warganet.
Rata-rata begitu sebak dengan apa yang dilakukan dan mendoakan agar mereka diberi keselamatan semasa menjalani operasi menyelamat serta segala urusannya dipermudahkan oleh Allah S.W.T.