Covid19KesihatanSemasa

KL : Pantau SOP sepanjang Ramadan.

KUALA LUMPUR : Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang bulan Ramadan tahun ini akan diluaskan skop pemantauan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL).

Menurut kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, beliau sudah mengeluarkan arahan menyediakan bilangan pegawai bagi tujuan berkenaan.

“Pegawai yang bertugas akan memantau pergerakan orang ramai bukan sahaja di masjid atau surau malah di bazar Ramadan dan pasar raya,”

“Kita akan pastikan seluruh masyarakat khususnya warga Kuala Lumpur untuk terus patuh SOP dan jaga penjarakan serta memakai pelitup muka,” kata beliau ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Kempen Derma Darah Sempena Peringatn Hari Polis ke-215 Peringkat Polis Kuala Lumpur.

Tambahan pula, mulai 1 April tahun ini, SOP baharu akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau menerangkan, bahawa akan menguatkuasakan apa jua yang menjadi saranan ataupun SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Selain itu, beliau ditanya berkaitan tindakan yang diambil oleh polis selepas kerajaan memberi kelonggaran termasuk pelaksanaan solat tanpa penjarakan fizikal dan solat tarawih serta jualan di bazar.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, pihaknya akan berhubung menerusi pegawai perhubungan bagi membuat pemakluman di sekolah supaya pengusaha bas dan van meletakkan tanda tertentu di kenderaan mereka supaya dapat dikenali oleh murid-murid sekolah rendah.

Hal ini bagi mengelakkan murid-murid tersalah menaiki kenderaan sebagaimana kes yang berlaku semalam.
Mengikut kenyataan, seorang murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Taman Midah 1, dilaporkan hilang selepas pulang dari sekolah.

“Mungkin disebabkan kekhilafan itu terjadi kepada seseorang kanak-kanak semalam,”

“Kita harap akan ada pendekatan yang lebih baik untuk anak-anak agar tidak tersalah naiki bas,” ujar beliau.
Kanak-kanak itu akhirnya ditemui selamat oleh penduduk di kondominium Pudu jam 9:30 malam akibat salah naik van sekolah.

-AGENSI

Oleh: Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof UiTM SA

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button