PalestinSemasa

Flotilla Bantuan Sumud Global Dijangka Tiba di Gaza Dalam Dua Hari

Armada kemanusiaan Flotilla Sumud Global yang membawa bekalan bantuan ke Gaza kini semakin hampir ke wilayah itu dan dijangka tiba selewat-lewatnya Selasa, menurut penganjur.

Dalam kenyataan di platform X, gabungan itu berkata armada yang terdiri kira-kira 50 kapal berjarak kurang 400 batu nautika dari Gaza. “Masa bergerak dan flotilla bergerak bersamanya — setiap minit membawa kami lebih dekat ke Gaza dan keadilan yang sepatutnya,” katanya.

Jurucakap armada dari Maghreb, Wael Naouar, menjelaskan ketibaan kapal dijangka pada 30 September atau 1 Oktober bergantung pada keadaan cuaca. Armada tersebut berlayar awal bulan ini dengan misi memecahkan sekatan tentera laut Israel serta menghantar bekalan perubatan segera dan bantuan kemanusiaan lain ke Gaza.

Aktivis di atas kapal melaporkan kapal tentera laut Greece yang sebelum ini mengiringi flotilla telah berundur, manakala kapal tentera laut Itali dan Sepanyol masih memberikan perlindungan di perairan antarabangsa. “Satu-satunya perkara antara kami dan Gaza sekarang ialah laut,” kata Ross Ykema, aktivis dari Belanda dalam mesej video.

Israel sebelum ini beberapa kali memintas kapal bantuan ke Gaza, merampas kargo dan menghantar pulang aktivis — tindakan yang dikecam ramai pengkritik sebagai lanun moden. Sejak Oktober 2023, lebih 66,000 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel, majoritinya wanita dan kanak-kanak, sekali gus menyebabkan Gaza tidak dapat didiami serta dilanda kebuluran dan wabak penyakit.

— TRT World and Agencies

Related Articles

Back to top button