SemasaSukan

Terbuka Silicon Valley: Rachel Arnold dan Aifa Azman Mara ke Pusingan Kedua

Dua pemain skuasy wanita negara, Rachel Arnold dan Aifa Azman, berjaya melangkah ke pusingan kedua kejohanan Terbuka Silicon Valley di Redwood City, Amerika Syarikat.

  • Kemaraan Rachel Arnold: Pemain ranking ke-22 dunia itu menewaskan wakil Ukraine, Alina Bushma (ranking ke-47) dengan keputusan 11-6, 11-9, 13-15, 11-9 pada perlawanan pusingan pertama di SquashZone. Beliau bakal berdepan cabaran sengit daripada pemain ranking ke-10 dunia, Amanda Sobhy (Amerika Syarikat) di pusingan seterusnya, lawan yang pernah menewaskannya dalam tiga pertemuan terdahulu.

  • Kemaraan Aifa Azman: Aifa mengiringi kemaraan tersebut selepas bangkit menewaskan pemain Sepanyol, Marta Dominguez dengan keputusan 3-11, 11-2, 11-3, 11-9. Di pusingan kedua, Aifa akan bertemu rakan senegara, S. Sivasangari, yang mendapat kelebihan bye pada pusingan pembukaan.

SUMBER: BERNAMA

Related Articles

Back to top button