DuniaSemasa

Abbas harap China bantu perdamaian Palestin-israel

BEIJING: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menzahirkan harapan agar China terus menyumbang kepada proses perdamaian antara Palestin dengan israel.

Kami (Palestin) amat berharap China meneruskan usaha ke arah proses keamanan itu. Kami juga harap israel dapat menerima pengantaraan China.

“China tidak akan menggunakan isu ini (Palestin-israel) sebagai alat untuk kepentingan peribadi. Negara Tembok Besar itu hanya mahu melihat keamanan di Asia Barat dan seluruh dunia“, kata beliau dalam satu sesi wawancara eksklusif bersama Kumpulan Media China (CMG), baru-baru ini.

Abbas turut menyatakan persetujuan dengan syor Presiden China, Xi Jinping berhubung penyelesaian isu Palestin.

Kami menerima cadangan yang dikemukakan Presiden Xi. China menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat Palestin, termasuk dalam bentuk ekonomi, kemanusiaan, kemasyarakatan dan perindustrian.

“Selain itu, China sentiasa berdiri di sisi rakyat Palestin, baik di peringkat rantau mahupun antarabangsa, terutamanya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB (UNSC)“, tambahnya.

Ketika mengulas mengenai lawatan ke Beijing, Abbas menyifatkannya sebagai amat signifikan kerana ia menyaksikan penaiktarafan hubungan dua hala kepada perkongsian strategik.

“Lawatan kali ini amat berhasil. Selain bertemu Presiden Xi, saya juga menyaksikan siri dokumen kerjasama dimeterai membabitkan bidang sosioekonomi, budaya, pertanian dan pembinaan bandar kembar”, katanya.

BACA JUGA
MAPIM anjur sesi dialog Palestin bersama Sheikh Dr Ekrima Sa’id Sabri

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button