JENIN: Jumlah umat Islam Palestin yang terbunuh dalam serbuan tentera israel di kem pelarian Jenin pada awal pagi Isnin bertambah kepada 5 orang, menurut Kementerian Kesihatan.
Kementerian itu berkata bahawa 5 rakyat Palestin terbunuh dan 91 yang lain cedera, termasuk 23 berada dalam keadaan kritikal, akibat tembakan tentera israel dalam serbuan besar-besaran di kem pelarian di Tebing Barat yang dijajah.
Pemuda Palestin ke-5 yang terbunuh dalam serbuan itu adalah Ahmad Daraghmeh, seorang penduduk daerah Tubas, manakala korban yang lain adalah Khaled Azzam Asa’sah, 21 tahun, Ahmad Youssef Saqr, 15, Qassam Faisal Abu Sariya, 29 dan Qais Majdi Jabareen, 21, semuanya dari Jenin.
Kementerian Kesihatan juga melaporkan seramai 63 mangsa, termasuk 10 berada dalam keadaan serius dan dikejarkan ke Hospital Kerajaan Jenin.
Seorang gadis berusia 15 tahun yang ditembak di kepala oleh tentera israel kini berada dalam keadaan kritikal dan dipindahkan ke Hospital Kerajaan Jenin.
Watch: Israeli occupation snipers directly fire at journalists covering the continuing Israeli aggression on Jenin refugee camp. pic.twitter.com/CG8CWE9PIa
— Quds News Network (@QudsNen) June 19, 2023
Sejumlah besar tentera israel, terdiri daripada kira-kira 120 kenderaan tentera, menyerbu bandar itu, mengerahkan penembak tepat di atas bumbung beberapa rumah, mencetuskan konfrontasi ganas serta helikopter juga digunakan bagi membuat serangan dalam serbuan itu.
Askar bersenjata berat melepaskan peluru hidup, bom tangan bius dan tong gas pemedih mata kepada penduduk yang berada berhampiran.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia