DuniaSyria

Aidilfitri penuh sayu bagi pelarian Syria

IDLIB : Pelarian Syria yang terkesan akibat perang saudara yang masih sedang berlangsung bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri jauh dari kediaman mereka.

Ratusan ribu orang awam yang kini berkhemah di wilayah Idlib barat laut terpaksa berpindah dari Damsyik, Homs, Hama dan Deraa ekoran serangan rejim Assad.

Abdulkerim Halil, yang berasal dari Maarat al-Numan, memberitahu Anadolu Agency bahawa mereka tidak dapat menyediakan apa-apa untuk menyambut hari kemenangan itu berikutan masalah ekonomi dan kos sara hidup yang tinggi.

“Semuanya mahal. Hari raya semakin hampir dan kami tidak berkemampuan untuk membuat apa-apa persiapan dan membeli pakaian baru untuk anak-anak kami,” katanya.

Hamide Mustafa, yang dipindahkan dari daerah Saraqib di Wilayah Idlib hampir tiga tahun lalu, mempunyai kisah yang sama. “Terdapat perbezaan besar antara meluangkan masa cuti di kem dan kampung halaman anda,” katanya.

Hatice Enes, ibu kepada enam anak turut mendoakan agar mereka dikurniakan rahmat Allah. “Sebelum saya menetap di kem ini, kehidupan saya lebih baik… Namun segalanya telah berubah sekarang, walaupun bulan Syawal telah tiba, tiada kegembiraan dalam menyambutnya bagi saya,” katanya.

Untuk rekod, Idlib berada dalam zon de-eskalasi yang dijalin berdasarkan perjanjian antara Turki dan Rusia pada bulan Mac 2020.

Bagaimanapun, rejim dan sekutunya secara konsisten melanggar syarat tersebut, melancarkan serangan yang kerap terhadap Syria yang terperangkap dalam perang saudara yang kejam sejak awal 2011 apabila rejim Assad bertindak keras terhadap protes pro-demokrasi dengan keganasan yang tidak dijangka.

Sejak dekad yang lalu, beribu-ribu orang telah terbunuh dan berjuta-juta lagi kehilangan tempat tinggal akibat konflik tersebut.


*MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas ini kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

Related Articles

Back to top button