PalestinSemasa

Airdrop Bantuan ke Gaza Tidak Efektif, UNRWA Desak Pembukaan Lintasan Darat

Lebih dua juta penduduk Palestin di Gaza kini sengaja dibiarkan kelaparan, walaupun ribuan tan bantuan makanan berada hanya beberapa kilometer dari sempadan tetapi disekat oleh Israel.

Menurut UNRWA, setakat ini hanya 14 peratus daripada jumlah bantuan yang dimohon telah dibenarkan memasuki wilayah yang dikepung itu. Sementara itu, operasi airdrop yang dijalankan pelbagai pihak dilihat tidak mampu memenuhi keperluan sebenar rakyat Gaza.

Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini, menegaskan bahawa jika ada kemahuan politik untuk melaksanakan airdrop — yang sangat mahal, tidak mencukupi, dan tidak efisien — sepatutnya ada kemahuan yang sama untuk membuka lintasan darat bagi membolehkan penghantaran bantuan berskala besar.

Airdrop dilaporkan menelan kos sekurang-kurangnya 100 kali ganda berbanding penghantaran melalui trak, yang bukan sahaja jauh lebih murah, malah mampu membawa dua kali ganda jumlah bekalan. Selain itu, kaedah ini kerap kali tidak tepat sasaran, berisiko merosakkan bangunan, membahayakan nyawa penduduk, dan mendarat di kawasan yang tidak dapat diakses.

UNRWA menegaskan bahawa pembukaan lintasan jalan raya adalah satu-satunya cara untuk memastikan bantuan kemanusiaan sampai dengan cepat, selamat, dan mencukupi kepada penduduk Gaza yang kini berada di ambang kebuluran.

Sumber: TRT World & Agensi

Related Articles

Back to top button