
Program Makanan Sedunia (WFP) melaporkan bahawa akses kepada makanan di Gaza telah bertambah baik sejak perjanjian gencatan senjata 10 Oktober, namun penduduk masih menghadapi kesusahan hidup yang serius di seluruh wilayah Palestin yang dikepung.
Antoine Renard, wakil WFP untuk Palestin, berkata operasi agensi kini berfungsi sepenuhnya, dan pihaknya berjaya menjangkau lebih sejuta orang dengan bantuan kotak makanan dan tepung gandum. “Semua rangkaian pengedaran kami kini beroperasi, dan secara purata orang ramai dapat makan dua kali sehari,” katanya pada sidang akhbar maya.
Walaupun terdapat peningkatan tersebut, Renard menekankan bahawa akses makanan sahaja tidak mencukupi. Infrastruktur memasak di Gaza masih amat terhad, dengan hampir 90 peratus kemudahan hanya menggunakan sampah dan kayu. Beliau turut menceritakan seorang wanita yang kehilangan kakaknya ketika mengumpul kayu berhampiran garisan kuning – garisan pengunduran yang ditetapkan dalam perjanjian gencatan senjata.
Renard menegaskan bahawa walaupun gencatan senjata berkuat kuasa dua bulan lalu, sekatan Israel ke atas kemasukan trak bantuan masih berterusan, sekali gus menghalang pemulihan kehidupan seharian penduduk Palestin.
Sumber: TRT World & Agensi







